fbpx
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

7 Perkara Anda Perlu Faham Jika Mahu Jadi Usahawan Berjaya

7 Perkara Anda Perlu Faham Jika Mahu Jadi Usahawan Berjaya


Berniaga bukan sekadar ikut-ikutan.  

“Eh! Dia berniaga tudung, nak jual tudung jugak lah..”

“E…e…! Dia buat cup cake, nak jual cup cake jugak”

Kalau asyik bertukar-tukar bisnes, maknanya anda tak fokus. Anda mungkin anggap bisnes ni setakat main-main. Jika anda sendiri tak serius dengan bisnes anda, orang lain pun pasti tak anggap anda serius nak berbisnes.

Sakit hatikan bila ada orang tanya “kau bisnes apa pulak sekarang ni?” Nampak sangat orang ramai asyik perhatikan anda dan tuggu anda jatuh untuk digelakkan.

Bisnes tanpa ilmu, begitulah! Main redah je, kalau ada untung nasib baik, dah rugi nak buat cemana… Serius nak berbisnes? Serius nak jadi usahawan? Cari ilmu dulu.

 

 

1) FAHAMI MAKNA KEJAYAAN

Sebelum anda nak cipta kejayaan, anda perlu fahami dulu kenapa anda perlu berjaya? Untuk apa dan siapa? Dan, apa benda yang anda dan berjaya.Jika anda nak berjaya sebagai seorang peniaga, peniaga apa? Kenapa? Untuk Siapa? Ini semua anda perlu jelas kerana inilah yang akan jadi fokus utama anda.Kalau anda nak tahu, ramai peniaga gagal kerana mereka tak tahu makna kejayaan. Mereka tak faham apa kejayaan boleh beri kepada mereka dan kejayaan macam mana yang mereka mahu.Contoh, jika seorang yang biasa bekerja makan gaji dengan gaji RM3,000 sebulan, jika mereka tak faham makna kejayaan yang mereka mahu, buat jualan RM300 sebulan pun, mereka dah rasa OK.Tak salah untuk permulaan. Sekurangnya, ada juga duit lebih. Berbeza dengan orang yang jelas tentang makna kejayaan yang mereka mahu, mereka mesti nak buat lebih dari gaji bulanan.

2) FAHAMI NILAI UTAMA

Nilai atau ‘core values’ adalah sesuatu yang tentukan kita berada di atas landasan yang betul sebelum kita terbang menuju kejayaan.Betul! Cuba fikir, ada orang berjaya juga tetapi dengan buat benda yang salah. Tiru jenama orang lain, ciplak produk orang lain, jual barang murah dengan harga barang original… ini semua boleh juga bawa kejayaan, tapi betul ke nilainya? Core values, adalah nilai-nilai yang anda perlu pegang dalam usaha anda menjadi usahawan berjaya.Jika anda faham nilai-nilai perniagaan anda, anda akan menjaga sebaiknya, dan usaha yang anda lakukan akan sentiasa berpegang kepada nilai-nilai utama. Bila anda ada nilai, pelanggan anda akan rasa…

3) FAHAMI VISI ANDA

Usahawan berjaya punyai visi yang jelas. Kenapa mereka berniaga, untuk capai apa, untuk bantu siapa, bila, dengan cara apa? Semuanya jelas, semuanya diterangkan kepada semua kakitangan dan semuanya ada dituliskan di setiap ruang kedai dan pejabat supaya selalu menjadi ingatan.Semua staff akan bekerja untuk mencapai visi yang sama. Barulah perniagaan bergerak lancar. Semuanya bersistem dan sealiran.Ingat, bisnes bukan setakat nak cari duit dapur atau setakat nak harapkan kasihan belas orang untuk membeli dari kita. Bisnes perlu ada visi!

4) FAHAMI KESILAPAN YANG PERNAH DILAKUKAN
Jangan kecewa sangatlah bila buat kesilapan. Itu biasa. dari kesilapan kita bangkit dan buat tindakan lebih baik. Ada orang sebelum buat silap dah cari ilmu dulu, tak mahu rugi membuta tuli.Ada orang dah buat silap sekali baru pergi cari guru. Ada orang dah silap berkali-kali baru berguru. Tak apa, asalkan sedar dari kesilapan dan perbaikinya.Yang tak betul ialah bila buat silap terus give up atau bila buat silap, pura-pura OK anda nothing happened. Alamatnya tak akan jauh lah perginya.Kesilapan boleh jadi pemangkin untuk kita lakukan usaha sekali lagi dengan lebih baik atau boleh jadi pemangkin untuk kita terus buat silap, jika kita tak belajar sesuatu darinya.

 

5) FAHAMI TEKNOLOGI

Zaman sekarang, bisnes hanya dibuat di hujung jari. Tekan-tekan, klik-klik duit dah boleh masuk ke dalam akaun. Tapi, adakah kita cukup pantas untuk mengejar teknologi yang sering berubah ini?Kesilapan ramai peniaga ialah tidak mahu upgrade teknologi yang digunakan dalam berbisnes. Ada yang langsung tidak mahu tahu. Selesa sangat dengan cara yang dilakukan sekarang.Masalahnya, bila anda tak faham teknologi susah untuk anda nak bersaing dan nak jumpa prospek dan pelanggan yang sentiasa mengharapkan teknologi.

6) FAHAMI NILAI MASA
Kita berbisnes supaya kita ada banyak pilihan. Itu apa yang selalu difikirkan oleh peniaga yang bijak. Bisnes yang menguntungkan membolehkan kita untuk ada lebih pilihan nak capai impian yang mana, bila, dan bagaimana.Juga boleh buat pilihan masa. Anda yang dah berniaga pasti nak menikmati hasil dari perniagaan anda, tapi jika anda yang buat semua perkara anda dah tentu tak ada masa nak menikmatinya.Fahami nilai masa yang anda mahu. Bila anda nak nikmati hasil perniagaan anda, dengan siapa, di mana? Itu semua anda kena definasikan dengan jelas.Ada peniaga yang takut sangat bisnesnya akan kerugian sehinggakan tak mahu langsung melepaskan sedikit pun dari urusan bisnes kepada orang lain, inilah yang terjadi bila anda tak faham nilai masa. Anda sendiri akan berada dalam keadaan takut. Jika anda faham, anda akan berusaha untuk ‘delegate’ urusan bisnes supaya anda ada masa yang anda mahukan.

 

7) FAHAMKAN AKAL DENGAN LEBIH ILMU
Tugas utama peniaga ialah untuk sentiasa mencari ilmu kerana semakin tinggi ilmu yang anda ada, semakin baguslah tindakan anda dalam berbisnes dan semakin tinggilah pendapatan anda.Betul tak? Jika anda setakat tahu bagaimana nak buat RM10 ribu sebulan, anda tak akan dapat buat RM50 ribu sebulan guna ilmu dan cara yang sama. Di sinilah anda perlu faham kenapa peniaga sentiasa perlu upgrade ilmu. Cari ilmu yang dah terbukti berjaya, baru cepat sikit anda nak capai kejayaan anda sendiri.

 

Sumber : Web Blog azizanosman.com

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

7 Perkara Anda Perlu Faham Jika Mahu Jadi Usahawan Berjaya

Facebook Comments

Hashtag : #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Musim Banjir Dah Tiba, Hati- Hati Semua!

Umum tahu dalam mengharungi pandemik Covid-19 ini, musim tengkujuh juga boleh disifatkan sebagai ancaman dalam ekonomi semasa. Khususnya bagi penduduk di negeri di pantai timur

Bantal Sebagai Hadiah? Why Not

Tak tahu nak bagi hadiah apa bila tiba ulang tahun yang tersayang? Jangan bimbang.. dengan DAG semua boleh jadi! Begitu juga dengan hadiah perkahwinan. Selalunya

10 Hari Lagi Gais! Jom Grab Sekarang!

Berbaki 10 hari lagi, promosi hebat sempena bulan perayaan Deepavali akan tamat. Inilah peluang bagi anda untuk merasai sendiri kualiti bantal DAG dengan harga yang

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Produk

Reseller

Hubungi

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved