Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

5 Trivia Menarik Pasal Itik Yang Korang Perlu Tahu!

Byline: Sarah M.Khir

Di Malaysia, itik biasanya lebih sinonim dengan masakan Masak Lemak Cili Padi yang menggunakan itik salai sebagai bahan utama.

Bagaimanapun, tahukah korang yang itik ini sebenarnya merupakan salah satu spesis burung? Haaa jom check out trivia menarik pasal itik.

1. Sejenis burung

Itik merupakan haiwan yang tergolong dalam kategori burung. Itik juga digelar burung akuatik kerana kelebihannaya berada dalam air dalam tempoh masa yang lama. Berbanding angsa, itik mempunyai fizikal yang lebih kecil malah lehernya juga lebih pendek.

Mudah hidup di kawasan air tawar, spesis itik juga boleh didapati di seluruh dunia kecuali di benua Antartika.

2. Daging dan telur itik

Di Malaysia, itik dipelihara untuk mendapatkan daging dan telurnya.

Daging itik lebih berlemak dan lembut berbanding daging angsa dan kerana itulah daging itik menjadi kegemaran rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu dan Cina.

Terkenal dengan sajian masak lemak cili padi, daging itik akan disalai terlebih dahulu sebelum dimasak. Teknik ini dikatakan dapat membuang bau hamis dan digantikan dengan aroma salai yang dapat membangkitkan tunas rasa penggemar daging itik.

Hidangan ini merupakan masakan tradisi masyarakat Negeri Sembilan khususnya di sekitar Kuala Pilah dan Rembau.

Bagi masyarakat Cina, itik terkenal dengan masakan Peking Duck yang dibakar secara perlahan dalam ketuhar tanah liat.

Manakala telur itik pula selalunya dijadikan telur masin – juga salah satu makanan tradisi rakyat Malaysia.

Negeri utama pengeluar telur itik ialah Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

3. Itik boleh terbang?

Tidak semua itik boleh terbang!

Itik yang dipelihara manusia untuk tujuan mendapatkan daging dan telur biasanya tidak boleh terbang.

Ini kerana itik diternak dan diberi makanan palet untuk tujuan tumbesaran yang cepat berbanding itik liar yang hidup berkeliaran.

4. Populariti

Tidak hanya itik salai, malah populariti itik menjadikan watak Donald Duck yang ditayangkan pada 1934 masih releven sehingga kini.

Selain donald fiksyen yang terkenal, Daffy Duck yang ditayangkan pada 1937, keluaran Warner Bros juga masih kekal popular meskipun menjangkau usia 83 tahun.

Tidak terhenti di situ, wajah itik juga menjadi pilihan untuk dijadikan jurucakap untuk dipaparkan dalam kempen pengiklanan dan maskot sukan.

5. Bulu itik

Itik mempunyai bulu kalis air yang sangat tinggi hasil daripada struktur bulu yang rumit dan lapisan lilin disetiap lapisan bulunya.

Kelenjar uropygial di pangkal ekor akan menghasilkan minyak yang mampu menghalang serapan air melalui kelenjar bulunya.

Tidak hanya daging dan telur, malah bulu itik kini mempunyai permintaan tinggi di kalangan pengusaha bantal kerana kualiti setanding kekabu.

DAG White Duck Feather misalnya dihasilkan dengan menggunakan isian bulu itik di bahagian bawah dada bagi menjamin kualiti bantal yang lembut dan gebu.

Bagi korang yang sukakan bantal yang pejal dan tanah lama, inilah bantal yang sesuai untuk anda.

 

-ends

5 Trivia Menarik Pasal Itik Yang Korang Perlu Tahu!

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir