Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

5 Punca Mengantuk Petanda Penyakit

Nak bangun tidur punyalah liat, macam-macam posisi atas katil tu. Kalau set alarm setiap minit berbunyi, lepastu dah last minute mula la kelam kabut dibuatnya kejar masa nak sampai office awal sebelum masuk waktu kerja. Adakah anda berada dalam situasi sebegini? Jika ya, anda harus hati-hati, mungkin hal ini kecil bagi anda tapi ianya mencerminkan siapa diri anda sebenarnya.

Jika diteliti semula, apa yang menjadi punca masalah di atas sering berlaku? Semestinya dikaitkan dengan aspek tidur. Rasa mengantuk atau tidak cukup tidur pada waktu pagi berjaya mengatasi semuanya.

Sedar atau tidak, bila sampai ke tempat kerja, jika anda menguap berulang kali pasti mata terasa pedih, badan menjadi lesu dan hanya bantal sahaja mampu menyelesaikan semua masalah anda ketika itu.

Pun begitu, takkan anda nak tidur waktu sedang bekerja kerana banyak lagi tugasan penting yang perlu anda selesaikan. Percayalah jika situasi ini berterusan, anda semakin hilang fokus dan prestasi kerja anda semakin merosot.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan punca rasa mengantuk dan tips untuk menghilangkannya sebelum ia tular menjadi penyakit

1)  Tidak cukup tidur

Anda rasa tidur malam anda sudah berkualiti? Jika berkualiti kenapa susah nak bangun tidur dan asyik menguap sahaja? Tahukah and ajika tidak mendapatkan tidur yang cukup, ia akan menganggu kesihatan serta aktiviti harian anda. Saranan tidur yang betul ialah 7 hingga 8 jam setiap malam

Oleh tu, bila dah tiba waktu untuk tidur, jadikan tidur keutamaan. Wujudkan suasana bilik dan keadaan tempat tidur yang selesa seperti bantal, cadar dan selimut yang bersih dan wangi, pakai stoking, matikan segala gajet yang ada, tutup lampu bilik, tenangkan fikrian dan anda boleh tidur dengan nyenyak.

2)   Tekanan Emosi

Tekanan di tempat kerja dan pelbagai masalah menyebabkan seseorang mudah mengalami tekanan emosi. Tekanan emosi bukan hanya memberi kesan dalaman bahkan turut memberi kesan dari segi fizikal seperti sakit kepala, badan lesu, hilang selera makan dan sebagainya yang berkaitan.

Bagi mengatasi masalah tekanan tersebut, anda boleh lakukan perkara-perkara yang mengurangkan stress seperti bersukan, beriadah, melancong dan bermunajat kepada tuhan. Jika tidak berkesan sebaiknya anda perlu mendapat nasihat daripada psikiatri. Psikiatri bukan hanya untuk orang yang bermasalah mental ya. Jika anda mempunyai masalah emosi yang tidak mampu ditanggung anda harus berjumpa dengan pakar psikiatri. Mereka mungkin akan memberikan ubat sebagai satu cara untuk mengubat masalah tersebut.

3) Kurang darah merah (anemia)

Anemia sering terjadi kepada perempuan dan ianya merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Faktor datang haid merupakan salah satu sebab utama golongan ini kekurangan darah. Namun, kebiasanya tahap besi (iron) dalam darah akan yang berkurangan akan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen keseluruh organ. Jika anda sering berasa lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar, ia merupakan simptom anemia. Sebaiknya pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan sekiranya anda mempunyai simptom-simptom tersebut.

Jika badan anda kekurangan zat besi dalam darah, dapatkan nasihat doktor iron supplement yang sesuai perlu diamil di klinik, farmasi atau mana-mana kedai peruabtan yang disarankan. Anda juga boleh makan, makanan yang mempunyai kandungan iron yang tinggi seperti daging merah, dan kekacang.

4)  Tidak cukup tenaga

Ada di antara anda yang mengamalkan diet tidak betul sehingga sanggup skip waktu makan atau makan terlalu sedikit sehingga menyebabkan badan menjadi lemah. Jika anda ingin diet, diet lah secara seimbang agar dapat membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.

Anda wajib,wajib,wajib sarapan! Jangan sesekali skip waktu sarapan anda. Ambil sarapan yang simple seperti beberapa keping roti atau telur separuh masak. Harus ingat, sarapan yang diambil haruslah berkhasiat dan membekalkan tenaga di waktu pagi. Waktu pagilah anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja.

5)  Terlalu banyak mengambil Kafein

Benar, kafein membantu anda untuk segar. Namun, jika diambil dengan banyak akan akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat. Kajian yang dilakukan juga mendapati terlalu banyak kafein dalam badan akan menyebabkan menjadi lemah. Jika anda penggemar kopi, cuba untuk turunkan secara perlahan kadar ketagihan terhadap kopi. Jika penurunan dilakukan secara mendadak akan menyebabkan anda kembali ketagih dan sekaligus badan bertambah lemah

5 Punca Mengantuk Petanda Penyakit

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir