Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

5 CARA ATASI SAKIT TENGKUK AKIBAT SALAH BANTAL

SAKIT TENGKUK AKIBAT SALAH BANTAL, 5 CARA ATASI


SAKIT tengkuk atau leher kerap dikaitkan dengan posisi atau cara tidur yang salah serta penggunaan bantal yang tidak tepat.

Situasi sakit tengkuk ini kerap kita alami sewaktu bangun tidur. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.Nak toleh ke kiri, kanan, menunduk, menonggak, semuanya serba tak kena. Sakit!

Dulu masa masa Mamanet tak jumpa tip ini, memang merana. Habislah sebotol minyak angin, Mamanet kerjakan. Sepanjang hari Mamanet berusaha meredakan kesakitan tersebut dengan menyapu minyak angin tersebut sambil mengurut-urut tengkuk yang sakit.

Tentu ramai di antara kita yang pernah mengalami masalah sakit tengkuk dan tidak tahu cara untuk meredakan kesakitan tersebut, jadi Mamanet kongsikan tip berkesan ini. Mudah-mudahan bermanfaat dan anda yang sakit tengkuk atau sakit leher, jangan lupa cuba tip ini ya!

Berikut beberapa tip meredakan sakit tengkuk:

[one_second]

  1. Tepuk-Tepuk Bantal

Cubalah cara ini jika anda sakit  tengkuk atau sakit leher. Sebelum kepala lena di atas bantal, cubalah anda  ‘tepuk-tepuk’ dan pusing-pusingkan dulu bantal tersebut supaya  isi-isi bantal tersebut sekata. Kemudian, letak kepala jangan main ‘booomm-booom’ tau. Dapatkan posisi tidur yang tepat atau selesa terutama bahagian leher ok.

 

[/one_second]

[one_second]

  1. Tuam Tengkuk/Leher

Kalau terkehel leher akibat salah tidur, lakukan dua cara bertuam. Mula-mula tuam dengan air suam (guna tuala pun boleh -perahkan sedikit, kalau tak nanti meleleh-leleh pula)di sekitar tengkuk atau leher yang sakit.

Setelah itu, tuam lagi dengan menggunakan tuala yang sudah direndam dengan ais (buat macam waktu kita demam tu). Cara ini dilakukan untuk menyihatkan otot yang tegang supaya menjadi ok semula.

  1. Urut Lembut

Untuk melegakan otot-otot  tengkuk atau leher yang sakit ketika menoleh atau timbul rasa perit atau tegang, cuba urut-urut lembut di sekitar leher. Cara sebegini berguna untuk melegakan otot-otot saraf pada leher.

  1. Lakukan Peregangan Ringan

Melakukan peregangan ringan dengan duduk tegak dengan kepala lurus. Kemudian, perlahan-lahan, tunduk kepala ke bawah… kira sampai lapan. Kemudian kembali ke posisi tegak, pusing ke belakang, kira sampai lapan. Lakukan perkara yang sama ke arah kiri dan kanan.

 

  1. Jemur Bantal

Biasalah kan… tip sakit tengkuk yang terakir ini turun-menurun! Cubalah jemur bantal. Tekstur bantal setelah dijemur akan menjadi lebih empuk dan selesa untuk digunakan. Tidur pun akan jadi lebih sihat.

 

Ok, selamat mencuba. Semoga salah satu daripada cara ini dapat membantu anda mengatasi masalah sakit tengkuk/leher akibat salah tidur ini. Insya-Allah, akan ok.

[/one_second]


5 CARA ATASI SAKIT TENGKUK AKIBAT SALAH BANTAL

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir