Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

3 Idea Buat ‘Duit Tepi’ Untuk ‘Cepat Kaya’

Sape je yang tak nak kaya kan?

Tak kisahlah nak cepat kaya ke nak banyak duit atau nak beli untuk duduk sendiri atau pelaburan, pilihan masing – masing. Nak tak nak, kena bersedia dari segi kewangan bila dah target nak beli sesuatu. Senang cerita, kewangan stabil dan ada simpanan kecemasan.

Buat korang yang tengah cari idea buat ‘duit tepi’, ini ada beberapa tips untuk ‘cepat kaya’.

1: Dropshipper

Kebelakangan ni, di platform media sosial macam Instagram, Twitter dan Facebook terutamanya membuka satu peluang menjana pendapatan alternatif yang tersangat fleksibel.

Apa yang fleksibelnya?

Sambil baring atas katil, minum kopi, layan lagu dalam bilik, boleh kata dekat mana-mana pun korang boleh buat duit.

Modal? Telefon pintar (smartphone) satu, akaun sosial media (untuk share post produk), dan kuota internet.

Gerak kerja? Layan pelanggan kat WhatsApp, ambil order, ambil maklumat pembeli bagi ke HQ, dan tunggu duit komisyen masuk dalam bank akaun korang.

Macam mana nak buat? Korang perasan tak kalau korang pergi kat FB page yang jual produk tempatan ni, mesti dia letak link untuk join sebagai mereka punya ejen. Mesti ada punya.

Nak cuba? DAG menawarkan peluang dropship dengan keuntungan yang besar untuk anda.

Modal ‘0,’ barang tak payah pegang, jadual fleksibel, risiko hampir tiada. Nah, nikmat apa lagi yang korang dustakan wahai anak muda?

2: Grab/Mycar/ FoodPanda

Buat duit dengan kereta korang tu. Manfaatkan sepenuhnya loan kereta yang korang bayar setiap bulan, dengan tukarkannya jadi duit untuk cover kos harian korang. Bahkan, korang boleh jadikan duit tu sebagai sumber tabung simpanan!

Grab/Mycar adalah satu revolusi dalam dunia perkhidmatan digital masa kini, terutamanya untuk korang yang tinggal di kawasan bandar dan kawasan tumpuan orang ramai.

Komisyen yang dibayar juga berpatutan dengan acceptance rate (kadar penerimaan) korang, selain ada bonus kalau korang memang perform buat duit dengan Grab/Mycar ni.

3. Personal Shopper

Ini ada satu lagi cara buat duit yang paling best.

Korang kaki travel juga, tapi miskin? Jodoh korang mungkin dengan kerja macam ni. Sambil melancong, sambil buat duit!

Pelik, bukan? Orang pergi travel keluar duit. Korang pergi travel, dapat duit pulak. Caranya adalah dengan menjadi personal shopper.

Personal shopper ni maksudnya, korang menyediakan khidmat pembelian barang dari satu pihak (kira macam majikan sementara korang), yang akan bagi upah kat korang untuk dapatkan barang tersebut.

Boleh kata, lebih kurang macam upah haji. Korang faham, kan?

Haaa so korang dah dapat idea kan macam mana nak buat duit ‘cepat kaya’ kan.

Jom join dropship DAG sekarang!

 

3 Idea Buat ‘Duit Tepi’ Untuk ‘Cepat Kaya’

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir