Kerjayaan Das Abdul Global Sdn. Bhd.


Siapa sangka, jual bantal sahaja dah boleh buat jualan sehingga ratus ribu sebulan? Siapa sangka
jual bantal mampu beri satu peluang yang cerah bila ianya dikomersialkan dengan ilmu yang dah terbukti berjaya bimbing ramai usahawan.

Bagi Tuan Das Abdul yang merupakan bekas Jurutera Awam dan juga pernah berjawatan sebagai Pengurus Am di sebuah Resort di Terengganu, beliau mula tercari-cari peluang bisnes sehingga mendapat idea untuk menjual bantal hotel di ‘car boot sale’.

Bukan mudah untuk beliau bermula dengan meninggalkan zon selesa, dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai Jurutera Awam dan cuba terjun dalam bidang perniagaan bantal di ‘car boot sale’. Dengan itu, beliau mula mengambil keputusan untuk menghadiri program Richworks demi memperkasa perniagaan bantalnya.

Dalam program Millionaire Marketing Mastery (MMM) yang dihadirinya, beliau tak pernah lepas mengambil seberapa banyak peluang untuk bertanyakan pelbagai jenis soalan kepada Dr Azizan Osman. Melalui sesi Coaching juga, Dr Azizan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi beliau dengan memberikan jawapan-jawapan yang luar biasa yang kemudianya beliau praktikkan sehingga mampu memperolehi hasil yang luar biasa.



Ingat Bantal Hotel, Ingat DAG


Memberi KEPUASAN, keselesaan, kebersihan, kemewahan, kenikmatan,
SETIAP MALAM seperti bermalam di Hotel 5 Bintang.


Hasil yang beliau dapat adalah berbaloi dengan yuran yang dibayar dan ilmu bermanfaat yang diperolehi melalui program Richworks. Beliau yang kini memiliki 63 agen hanya bermula dengan menjual 8 biji bantal dan kini mampu menjual 12,000 bantal sebulan dengan hasil jualan mencecah RM500k. Beliau juga bersyukur kerana dapat bantu agennya meningkatkan pendapatan melalui bisnes bantal sahaja.

Menurut beliau tanpa ilmu dari Program Richworks beliau mungkin masih jual bantal di ‘carboot sales’. Kini bantalnya D.A.G Pillow sedang naik mencipta nama dan kebanyakannya dibekalkan kepada hotel-hotel. Kualitinya juga bermutu tinggi, lembut dan gebu serta sesuai dengan tekstur kepala dan bahu. Iklannya juga boleh didengari di corong radio.

Kesimpulannya, untuk mencapai kekayaan dan kejayaan, kita hendaklah berani mengambil risiko dalam hidup dan keluar dari zon selesa. Berani bertindak tetapi tanpa ilmu, hasil yang diperolehi adalah tidak banyak. Manakala, berani berdasarkan ilmu dan ada mentor, akan memprolehi keputusan yang lebih baik.