Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

GALA DINNER DAG 2019 BERLANGSUNG DENGAN GILANG-GEMILANG

Dengan lafaz Alhamdulillah, berusai sudah majlis Gala Dinner DAG 2019 yang diadakan dengan jayanya di Tenera Hotel Bangi pada Sabtu, 23 Februari 2019 lepas. Majlis yang dinanti-nantikan semua itu berlangsung dengan gilang-gemilangnya dengan seramai 400 tetamu yang hadir. Apa yang merupakan ‘highlight’ pada malam itu, Ford Ranger, pun akhirnya telah menemui pemiliknya. Ramai yang beranggapan majlis yang penuh dengan glamour itu diadakan setakat untuk menyampaikan hadiah utama Ford Ranger kepada pemenang bertuah tetapi sebab utama majlis ini diadakan adalah untuk meraikan Usahawan DAG yang telah banyak berjasa.

 

Sebelum sahaja melangkah masuk ke dalam lobby hotel, sebuah kenderaan Ford Ranger DAG terpacak di reserved parking berhadapan pintu masuk hotel, jadi ia boleh memberi semangat kepada para usahawan yang hadir sebelum bermulanya majlis Gala Dinner. Setibanya di lounge area di hadapan dewan, kelihatan ramai sedang beratur bagi sesi pendaftaran yang bermula pada pukul 6 petang. Walaupun majlis dimulakan pada pukul 8, ramai yang hadir awal, ada juga yang sudah sampai sebelum pukul 6. Ini dapat membuktikan bahawa ramai para Usahawan DAG adalah  golongan yang berdisiplin dan menepati waktu.

Tetamu juga dihidangkan welcoming drink sambil menunggu pintu dewan dibuka untuk semua.  Ramai yang kelihatan cantik, kemas dan segak berpakaian mengikut tema yang ditetapkan iaitu Lilac & Grey. Terlalu cantik dan kacak sampai staff DAG sendiri pun sudah tidak kenal. Lounge dihiasi dengan dekorasi yang cantik dan menambat hati semua dengan tema warna yang lembut dan tidak terlalu terang. Sambil menunggu, para tetamu juga mengambil peluang itu dengan mengambil gambar di photo booth yang disewakan oleh pihak DAG. Kemain semua mengenakan kaca mata hitam yang besar melebihi saiz kepala dan crown yang disediakan sebagai prop untuk mengambil gambar.

 

Sejurus sahaja pintu dibuka, kelihatan hiasan dalam dewan sungguh indah dan elegant. Meja dihiasi dengan bunga-bunga berwarna ungu dan juga beberapa lilin untuk menampakkan suasana menjadi lebih romantis dan aesthetic. Majlis kemudiannya dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Mohd Borhan dan kemudian diteruskan dengan ucapan daripada CEO DAG, Tuan Das Abdul. Apa yang dapat kami rungkaikan dalam ucapan beliau, beliau mengimbau kembali memori beliau ketika permulaan perniagaan bantal pada 3 tahun lepas. Siapa sangka bermula daripada penjualan melalui boot kereta telah membawa beliau ke sini, yang mampu untuk mengadakan majlis yang besar-besaran dan juga dengan jemputan artis tempatan popular seperti Adibah Noor sebagai emcee dan juga Sabri Yunus untuk persembahan dikir barat beliau.

Selesai sudah ucapan daripada CEO, majlis diteruskan pula dengan sesi santapan yang dimana Tuan Das bersama Puan Sapinah mengambil peluang ini untuk sesi bergambar bersama tetamu-tetamu majlis. Kelihatan semua dalam keadaan gembira dan menikmati suasana di malam Gala Dinner itu. Terdapat pelbagai variasi juadah disediakan seperti satay, pemanis mulut, ais kacang dan macam-macam lagi. Dengar sahaja pun sudah terliur kan? Sambil menjamu hidangan, majlis diteruskan dengan sesi cabutan bertuah yang dipetik oleh Grand Master Leader sendiri iaitu Puan Raja Izni Munirah (Kak Yah) kemudian diikuti pula dengan penyampaian anugerah buat para Master Leaders iaitu CIRCLE OF EXCELLENCE yang diberikan kepada 16 orang:

Antara penerima anugerah adalah:

  1. Salmiah Ismail
  2. Siti Nur Ain Muhamad Wahid
  3. Nor Rasidah Sidek
  4. Norliana Basri
  5. Shahida Salim
  6. Raabiatul Aadawiyah Rosli
  7. Zin Azlan Yaacob
  8. Makh Syafarizul
  9. Mamat Muhamad Nazri Mohd Nor
  10. Muhammad Hanif Ismail
  11. Ibrahim Abd Razak
  12. Sulaiman Bujang
  13. Noor Ida Farida Juhari
  14. Amri Md Zain
  15. Irni Hafizan Ibrahim Bey
  16. Nurul Asfarina Mohd Nor

 

Kemudian diikuti pula dengan anugerah MOST CONSISTENT AWARD 2018 yang ditujukan kepada golongan Premium Reseller yang sentiasa komited dalam perniagaan mereka dan mencapai jualan tertinggi sepanjang berkhidmat dengan DAG. Anugerah seterusnya pula ada LEADERSHIP CONSISTENCY AWARD 2018 dimana Master Leaders DAG yang tidak pernah henti untuk memperbesarkan lagi empayar perniagaan mereka dan sentiasa menjadi ketua terbaik buat team mereka.

Pemenang anugerah MOST CONSISTENT AWARD 2018:

  1. Zanariah Baharudin
  2. Syuhaili Ahmad
  3. Mohd Aizuddin Azahar
  4. Siti Nor Nahdia Mustfar
  5. Suzana Ripin

Pemenang anugerah LEADERSHIP CONSISTENCY AWARD 2018:

  1. Nur Hamizah Ja’afar
  2. Amirah Aripin
  3. Nor Adlin Mohd Yusof
  4. Siti Zaharah Mahayaldin
  5. Noryusniza Md Ali
  6. Muhammad Fadhli Amin Shaffei
  7. Mohd Rafiqi Bahuddin
  8. Mohd Farizul Sukkri
  9. Siti Hasmila Abd Hamid
  10. Raja Izni Munirah Omar

Majlis Gala Dinner tersebut diteruskan lagi dengan persembahan dikir barat khas daripada Tuan Sabri Yunus sendiri bersama team beliau. Persembahan yang menarik dan mencuit hati semua itu turut mempunyai mesej-mesej yang bersumberkan inspirasi tentang perjalanan usahawan DAG dalam perniagaan mereka sehingga dapat membuahkan hasil yang cukup bagus.

Kemudian diteruskan pula dengan penyampaian anugerah:

SALES ACHIEVEMENT AWARD 2018:

  1. Muhammad Azmeer Khalil
  2. Saiful Nizam Azmi
  3. Norfaizah Mat Nor
  4. Noor Asnida Asli

 

SPECIAL RECOGNITION 2018:

  1. Mohd Fauzi Mohd Soib
  2. Kamaliah Mohd Tahir

.

BEST RECRUITER AWARD 2018:

  1. Nor Rasidah Sidek

.

EXCELLENT IN LEADERSHIP 2018:

  1. Siti Nur Ain Muhammad Wahid

 

Majlis diteruskan dengan sesi cabutan bertuah daripada golongan para VIP, hadiah yang dimenang merupakan hadiah sumbangan special daripada Master Leaders. Betapa murahnya hati mereka, semoga Allah pun murahkan rezeki mereka, Aamin Ya Rabb. Selesai sahaja sesi cabutan bertuah VIP, majlis dilangsungkan dengan persembahan nyanyian daripada emcee sendiri, Cik Adibah Noor. Beliau menyanyikan lagu popular beliau, Terlalu Istimewa sambil berjalan sekeliling dewan dimana tetamu mempunyai peluang untuk selfie bersama.Kemudian diteruskan dengan penyampaian anugerah:

OUTSTANDING ACHIEVEMENT 2018:

  1. Raja Izni Munirah Omar

MOST POPULAR MASTER LEADER:

1st place: Siti Nur Ain Muhammad Wahid

2nd place: Muhammad Hanif Ismail

3rd place: Salmiah Ismail

Untuk kemuncak penyampaian anugerah pula merupakan anugerah SHINING STAR AWARD 2018 yang dimenangi oleh Siti Nur Ain Muhammad Wahid. Boleh dikatakan beliau ini sangat layak memerangi anugerah ini kerana walaupun seorang yang berkerjaya pegawai kerajaan, ini tidak menghalang beliau untuk berniaga sehingga menjadi tahap Master Leader. Beliau juga digelar Ratu Offline dan berjaya melahirkan 3 orang Master Leader di bawah bimbingan beliau.

Momen yang dinanti-nantikan semua telah tiba dimana ia merupakan masa untuk mencabut nama bakal pemilik baru Ford Ranger DAG yang telah sekian lama ditunggu. Tahniah kami ucapkan buat Encik Mohamad Redzuan Mohamad Najib, seorang Premium Reseller yang bertuah memenangi hadiah grand ini. Kami mendapatkan bahawa Encik Redzuan sering membuat COD bantal dengan menggunakan motosikal sahaja. Wah, kemain usaha dan effort beliau, Allah pun balaskan dengan sebuah hadiah berbentuk kenderaan. Semoga Encik Redzuan menggunakan hadiah itu dengan sebaik-baiknya.

GALA DINNER DAG 2019 BERLANGSUNG DENGAN GILANG-GEMILANG

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir