Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Elak Makan 9 Makanan Ini Sebelum Tidur

Elak Makan 9 Makanan Ini Sebelum Tidur


Kebiasaannya kita mudah mengambil minuman atau makanan ringan sebelum tidur. Namun tanpa kita sedari, tabiat ini sebenarnya membawa kesan buruk kepada kesihatan tubuh badan sendiri.

Jadi, jagalah pemakanan kita agar tubuh badan sentiasa dalam keadaan sihat dan terhindar dari gejala penyakit.

Berikut 9 makanan yang perlu dielakkan dari dimakan sebelum tidur :

1. Kopi

Kandungan kafein dalam kopi bukan hanya akan menyukarkan anda tidur tetapi juga kopi yang bersifat diuretic (selalu membuang air kecil). Apabila anda terjaga, secara automatik akan timbul keinginan untuk mengunyah makanan.

2. Coklat

Walaupun coklat berfungsi untuk memberi rasa tenang tetapi coklat bukanlah makanan terbaik sebelum tidur. Kandungan gula akan cepat naik dan gula dalam darah turun sehingga menimbulkan rasa lapar.

3. Keju

Elakkan mengambil keju sebelum tidur kerana keju memberikan gangguan pada perut. Selain itu, keju juga adalah makanan yang tinggi lemak, kalori dan boleh membuatkan badan anda semakin berisi.

4. Makanan Pedas

Pengambilan cili padi atau makanan pedas sebelum tidur mungkin boleh menyebabkan ‘Heartburn‘. Keadaan ini bukan membantu anda tidur lena sebaliknya membuatkan anda sukar tidur malam.

5. Kek, Aiskrim dan Biskut

Elakkan mengambil makanan ini sebelum tidur kerana ia menyebabkan gula dalam darah meningkat dan menambah tenaga. Carilah alternatif lain dengan mengambil buah-buahan segar.

6. Burger

Makanan ini akan menambahkan kalori dan lemak terutama di bahagian perut anda. Elakkan daripada mengambil makanan berlemak supaya tidur anda lebih lena dan segar apabila bangun tidur di waktu pagi.

7. Biji-bijian

Biji-bijian seperti kacang merah, kacang panjang atau kacang buncis tidak harus diambil sebelum tidur. Makanan ini boleh membuatkan perut anda tidak selesa sepanjang malam. Ambil makanan ini pada waktu tengahari atau petang.

8. Soda

Jangan terlalu banyak meminumnya terutama sebelum tidur. Pengambilan soda dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti diabetes dan jantung.

9. Kentang Goreng

Ini adalah makanan paling buruk diambil sebelum tidur. Minyak dan lemaknya akan berkumpul di perut. Jika dibiarkan berterusan, kentang goreng akan meningkatkan kolestrol dan masalah obesiti.

Elak Makan 9 Makanan Ini Sebelum Tidur

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir