Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

DAG dah banyak bantu rialisasikan impian saya

DAG dah banyak bantu rialisasikan impian saya


[one_third]Assalamualaikum..

Dah lama nak menulis tentang bagaimana terlibat dengan bisnes bantal hotel DAG sebenarnya. Tapi setiap kali idea nak menulis datang mesti tersekat sekat. Ada sahaja halangan. Tulis tulis, padam. Tulis tulis padam.

Kisah saya bermula dengan DAG tanpa dirancang sebenarnya. Masa tu saya tengah tepu, tengah risau, tengah mencari, nak buat bisnes apa untuk tambah pendapatan.

Sebelum ni saya bekerja di sebuah syarikat GLC terkemula di Malaysia. Gaji 4 angka, orang kata memang sedap duduk dah. Tambah dengan pendapatan suami memang kami rasa sedikit selesa. Tapi orang kata panas tak mungkin sampai ke petang, sebulan sebelum tamat kontrak, saya dipanggil Manager bahawa kontrak saya tidak akan disambung.

Sejujurnya saya tak risau sebab 6 bulan sebelum tu saya dah run bisnes lunch box untuk back-up kewangan. Tapi risau tu mula datang bila fikirkan lepas habis circle of trust (COT) siapa pula akan order makanan dengan saya.

Oktober 2015-Januari 2016 Alhamdulillah jualan lunch box saya laris. Dan saya juga mula terlibat dengan katering. Lama kelamanaan jualan saya makin menurun. Nak dapat 15 bungkus sehari pun susah walaupun setiap hari saya tukar menu. Pertama saya tak ada ilmu bisnes, kedua masa tu dah banyak persaingan untuk lunch box.

Risau! 2 bulan tak dapat hantar duit dekat mak ayah, komitmen bulanan juga tertangguh. Satu hari status Puan Sapinah cod bantal di hotel lalu di wall saya. Tingg!! rasa tertarik. rasa minat nak bertanya dan mencuba. Saya pm Puan Sapinah bagitahu nak cuba jua bantal, beliau kata

“Boleh. Nanti Inah bagitahu macamana nak mula”.

Bagai ada sinar baru. Malam tu saya solat hajat mohon petunjuk Allah agar ini bisnes yang terbaik untuk saya dan dipermudahkan urusan.

Lepas dapat info tentang produk, bagaimana nak mula menjual dan gambar-gambar saya mula promote di wall saya.

Hari pertama saya upload gambar bantal (teaser) coming soon. Ramai yang like dan tertanya tanya apakah?? hehe.. saya teruja nak promote lagi tentang bantal hotel DAG ni. by the way, nama awal nya adalah Bantal Hotel Das Abdul.

Hari ke 2, saya post di group Shah Alam Resident dan Shah Alam Resident Business. Saya bagitahu saya ada stock bantal hotel 50 biji yang bakal sampai, berikan gambar dan spesifikasi bantal. Ramai gilerrr PM. tak menang tangan saya nak reply satu, satu. Ingat lagi 50 biji stock yg belum sampai tu sold out dalam masa 1 jam. saya tidur pukul 3 pagi jawab semua pm dan whatsapp. hahaha. teruja weii.. tak pernah berniaga macam ni. mula dari tu lah saya terus excited sampai sekarang jual bantal. hahaha

[/one_third][one_third]

 

kebanyakan pelanggan pertama saya adalah dari group Shah Alam Resident dan 20% sahaja dikalangan kawan-kawan fb dan kenalan rapat di universiti. Saudara dalam 5% je kot.

Sebab order masuk terlalu banyak, saya terpaksa buat databases customer. sebenarnya sebab takut tercicir order. Masatu tak tahu betapa pentingnya database. haha..

Bantal hotel DAG ni memang unik. bila orang pegang dan peluk memang akan terus nak. teknik yg pernah saya guna, sebelum saya keluar COD saya akan bagitahu saya ada kat tempat tu dari jam berapa ke jam berapa. dan Alhamdulillah teknik tu menjadi, sebab ada sesetengah customer dia nak rasa dulu kan. biasa bawa extra 6-8 biji memang habis. Kereta saya muat 30 biji, dan sekali keluar memang habis.

Alhamdulillah dalam masa 4 bulan saya berjaya jual 750biji bantal dan terus naik sebagai Team Leader. Dari situ mula perjalanan saya untuk recruit Reseller di bawah saya. Niat saya nak bantu isteri, ibu, wanita untuk ada duit poket sendiri supaya kita ada kebebasan wang untuk membantu suami, ibu bapa dan keluarga.

DAG banyakk sangat membantu kewangan saya. Lepas saya berniaga bantal hotel DAG saya dah tak miss bagi duit setiap bulan kepada mak dan ayah, pernah satu ketika ayah mertua saya ditimpa strok, masa tu tengah bulan. Gaji dah tinggal berapa je, mujur ada duit jual bantal yang saya simpan. Kami boleh balik kampung tengok Abah dan berikan duit kepada Ma Abah. Bila time tak ada duit, kalau ada stok bantal memang tak akan risausebab asal promote je, memang akan ada yang akan beli.

Saat anak sakit memang sangat risau. pernah satu ketika anak saya demam, mujur ada orang beli 2 biji bantal dan malam tu kami boleh bawa anak jumpa Doktor Pakar Kanak-Kanak.

Saat yang paling saya tak boleh lupa bila kali pertama restock 200biji, masatu boss Tuan Das Abdul sendiri yang hantar bantal ke rumah saya. Saya tengok dengan berpeluh-peluh beliau pikul bantal sambil senyum walau saya tahu masatu beliau penat. Ada lagi rasanya gambar boss dekat basement parking rumah lama saya. Dan satu saat lagi yang buat saya tersentuh bila Puan Sapinah datang hantar bantal dengan anak kecil mereka. Masatu saya terfikir, gigihnya mereka, kuatnya mereka.

DAG dah banyak bantu rialisasikan impian saya sebenarnya. Antaranya saya dapat masa bersama anak-anak, jaga mereka sendiri di rumah, dapat bagi duit dekat mak ayah, dapat bantu suami dari segi kewangan, selepas saya bisnes bantal hotel DAG saya dapat ke IMKK tajaan DAG, saya dapat tinggal di rumah teres, saya beri apa sahaja makanan yang anak saya minta tanpa cakap “nanti tunggu gaji ya”, saya dapat sponsor untuk majlis perkahwinan sepupu saya, saya dapat bantu adik beradik saya yang perlukan duit, dan yang terbaru kami adik beradik komited untuk belikan ayah sebuah kereta Toyota Camry dan ansuran bulanan tu kami berkongsi bayar sama-sama, dan saya gunakan duit untung jual bantal untuk itu.

 

[/one_third][one_third]

Pertengahan tahun ni (2017) saya melahirkan cahaya mata ke dua. Suami sambung belajar dan nak final exam jadi suami terpaksa hantar saya balik ke kampung awal. Hujung Mac saya dah balik kampung. Dan hujung Jun selepas bersalin dan berpatang baru saya balik je KL. selama 4 bulan saya di kampung, 100% saya belanja menggunakan duit jualan bantal, sebelum saya balik ke kampung, saya berjaya saving RM 3k untuk digunakan dalam pantang. Masa tu suami kerap balik jenguk saya di kampung, dan Alhamdulillah memang banyak sangat duit jualan bantal membantu.

Ya, memang suami saya bekerja, tetapi sebab adanya bisnes bantal hotel DAG kami yakin untuk tingkatkan taraf hidup kami kepada yang lebih selesa. Kami baru sahaja pindah ke rumah yang lebih selesa dan mempunyai kereta Honda Civic baru. Alhamdulillah.. semua ni saya pernah tulis dalam 101 Impian ketika di IMKK September 2016.

Saya dah terbiasa ada duit sendiri, jadi bila tak ada duit di tangan memang saya akan rasa tak selesa. Serius, bisnes bantal hotel DAG memang membantu sangat.

Buat apa pun, restu dari suami, mak dan ayah amat penting. Bila fikirkan balik, kenapa saya masih kekal lama dan berjaya dengan bisnes bantal hotel DAG ni adalah support dan redha suami. Inilah satu-satunya bisnes yang suami saya restu, redha, bantu malah dia sendiri excited bila tengok jualan laris. Dia excited bila tengok stock di rumah banyak dan kemudiannya makin susut, dia excited tengok bungkusan bantal yang nak di pos.

Alhamdulillah setelah setahun setengah bersama DAG saya ada hampir 20 orang Reseller di bawah saya, membantu memperkayakan ibu ibu yang nak membantu keluarga dan ada simpanan untuk masa depan. Baru-baruni saya hadiahkan 1g emas 999 kepada Reseller bawah saya yang berjaya naik menjadi Premium Reseller. Untuk agen dropship saya hadiahkan mereka sebuah blender untuk yang berjaya buat jualan terbanyak.

Kepada yang masih lagi berkira-kira hendak mencuba bisnes bantal hotel DAG, saya sarankan anda “buat” dulu. tengok penangannya, hasilnya. produk DAG tengah laris, makin dikenali, mudah sangat nak jual. Saya dulu masa mula-mula join DAG belum dikenali, kena tunggu stock lama untuk dapar, kena yakinkan pelanggan tentang produk. memang mencabar.

Sekarang support dari HQ 24 jam, 7 hari seminggu. Ada banyak produk yang berkualiti dan mampu milik, ada training online dan offline, ada leader-leader yang hebat untuk tunjuk ajar, ada beratus ribu testimonial dari pelanggan yang berpuas hati dan sangat banyak reward yang HQ berikan kepada Reseller.

 

Ini hanyalah sebahagian dari cerita saya. Sebenarnya banyak lagi. Serius! best sangat join Team DAG ni.

[/one_third]


[one]

Jack Maa founder Ali Bab

“Aku berjaya kerana aku lakukan ketika saat orang lain hanya melihat”
So masih nak lihat sahaja orang lain berjaya dengan bisnes DAG? Alhamdulillah saya sudah setahun setengah bersama DAG dan InsyaAllah akan terus bersama DAG selamanya.

Sleep Like A King
INGAT BANTAL HOTEL, INGAT DAG

 

Nukilan Iklas,
Raabiatul Aadawiah Mohd Rosli
Premium Reseller & Team Leader Bdiamond DAG

[/one]

DAG dah banyak bantu rialisasikan impian saya

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir