Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

AWAS ‘ZOMBIE’ MALAM RISIKO KANSER DAN SAKIT JANTUNG!

Perkataan Zombie mungkin sudah tidak asing bagi anda bukan? Pengaruh filem zombie semestinya telah tersemat kuat diminda anda.

Pun begitu, tajuk utama yang ingin dikongsikan bukanlah berkaitan zombie, tetapi mengenai sesiapa sahaja yang tidak tidur pada waktu malam akan memberikan pelbagai risiko penyakit. Itulah makna sebenar zombie yang ingin dikupas dalam artikel ini.

Tahukah anda jika tidak tidur pada waktu malam menyebabkan kitaran harian hidup anda tidak sihat? Seperti kita semua tahu tidur penting untuk rehat dan beri ketenangan kepada badan dan minda. Namun, apa akan terjadi pada orang yang digelar zombie ini?

  • Risiko Kanser

Menurut laman web John Hopkins Medicine, manusia yang tidak tidur pada waktu malam cenderung mendapat kanser payudara bagi wanita dan kanser prostat bagi lelaki. Hal ini disebabkan gangguan ‘jam biologi tubuh’ yang berperanan mengawal tidur dan jika tidak mengikut aturan, akan meningkatkan risiko kanser.

  • Penyakit Jantung

Menurut kajian, salah satu kesan sampingan berbahaya akibat kurang tidur adalah meningkatkan peluang penyakit kardiovaskular. Selain itu, anda juga cenderung mengalami keradangan lain seperti panas badan, bengkak badan, kemerahan dan hilang fungsi jantung. Adalah lebih baik anda mendapatkan tidur yang cukup terutama jika keluarga ada sejarah masalah kardiovaskular.

  • Hilang Ingatan

Berdasarkan Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati tidur yang terganggu atau tidak cukup akan meningkatkan masalah kognitif pada orang dewasa sekaligus memberi kesan negatif terhadap ingatan jangka pendek dan panjang seperti masalah mengingat kata-kata.

  • Masalah berat badan

Kalau kurang tidur atau tidak tidur pada waktu malam, nafsu makan anda menjadi-jadi. Pernahkah anda mengalami situasi begini? Benar, tubuh memerlukan tenaga dan menuntut pelbagai makanan tinggi kalori. Oleh itu, hati-hati kerana ia boleh meningkatkan selera makan dan menambah berat badan anda. Sebaiknya cukupkan waktu tidur anda untuk kekal cergas dan mengimbangi berat badan anda.

  • Mempengaruhi mood dan kesihatan mental 

Sering kali jika tidak cukup tidur akan membuatkan minda bercelaru mood kelaut, itu merupakan petanda tidak bagus untuk kesihatan anda. Bukan itu sahaja, ada juga individu tidak tidur pada waktu malam sering murung dan masalah tersebut berkembang dari hari ke hari hingga membuatkan mereka tertekan dan boleh mengakibatkan masalah mental yang serius.

Justeru, dapatkan tidur yang cukup, nyenyak sepanjang malam agar anda kekal sihat dan aktif sepanjang hari!

AWAS ‘ZOMBIE’ MALAM RISIKO KANSER DAN SAKIT JANTUNG!

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir