Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Awas! Derita Insomnia

Ingat tak, dulu zaman sekolah ibu akan suruh kita masuk bilik tidur sekitar jam 9 atau selewatnya 10 malam sebab keesokkanya kita bersekolah.

Ketika tu kita ikut je tanpa membantah dan mata tak mengantuk pun automatic mengantuk kerana aturannya begitu.

Namun bila kaki dah melangkah ke alam universiti, masa aturan kita berubah sepenuhnya, aturan masa tidur sebelum ini terlalu sukar untuk kita ikuti.

Hinggalah ke alam pekerjaan, masa tidur tidak menjadi kepentingan dek kerana desakan kerja memerlukan komitmed penuh minda berfikir tugasan yang perlu disiapkan segera.

Tidak henti disitu sahaja, tanpa disedari penggunaan telefon pintar menjadi keperluan bahkan dianggap senjata paling ampuh dibawa kemana sahaja serta menjadi ketua memberi arahan kepada manusia tanpa mengira masa hingga menjadikan seseorang tidak dapat melelapkan mata dengan sempurna pada waktu malam.

Kaji selidik oleh The Nielsen Company mengenai kesihatan tidur mendapati 9 daripada 10 orang atau seramai 89 peratus masyarakat di Malaysia mengalami satu atau lebih masalah tidur.

Bagi mengetahui corak insomnia di Malaysia, kajian dilakukan oleh Jurnal Kesihatan Awam Pasifik pula menunjukkan sebanyak 12.2 peratus daripada 54 peratus sedang derita insomnia kronik.

Wah! Nampaknya rakyat Malaysia berdepan dengan masalah tidur sekaligus menempah diri ke status Insomnia!

Ada di antara kita yang mengambil enteng tentang masalah sukar tidur, jangan berpandangan begitu, tidur itu penting terutamanya pada waktu malam. Tahukah anda masalah tidur membawa kepada insomnia dan pelbagai risiko buruk bakal berlaku?

Insomnia adalah satu keadaan individu tidak mendapat tidur yang cukup untuk dirinya dari segi kuantiti dan kualiti.

Pelbagai risiko bakal terjadi kepada pesakit insomnia, antaranya ialah:-

 

  • Risiko kanser
  • Penuaan kulit dan kulit lambat sembuh jika cedera
  • Peningkatan berat badan
  • Sukarkan proses pembelajaran
  • Merosakan daya ingatan
  • Alzheimer
  • Serangan jantung
  • Sistem kekebalan tubuh tidak berfungsi dengan baik
  • Kemurungan
  • Diabetes
  • Sukar betutur normal
  • Penghasilan air kencing lebih banyak

 

Menurut Penolong Profesor Antropologi Biologi di Universiti Toronto Mississauga, Kanada, Dr David Samson mengulas mengenai isu tidur ini.

Beliau menjelaskan, manusia bergantung kepada tidur untuk mencapai fungsi kognitif. Namun, hanya segelintir mampu mendapat tidur berkualiti (rakyat Malaysia hanya meliputi 11 peratus sahaja).

Jangan perlekehkan isu insomnia ini kerana tidur adalah keperluan kritikal bagi memperoleh akal yang cergas. Jika tidak mendapat tidur yang cukup dan berkualiti, pasti segala aktiviti harian kita mempunyai masalah dan rutin harian tidak berjalan dengan lancar.

Pun begitu, pelbagai cara boleh dilakukan bagi mnegatasi masalah insomnia ini, antaranya mengubah gaya hidup pemakanan, lebih bayak bersenam, menjaga kesihatan, tidur dalam keadaan gelap, penjagaan tilam dan bantal yang bersih dan selesa.

Tahukah anda aspek yang paling penting dalam tidur ialah penggunaan bantal, jika bantal yang digunakan sudah lama, berbau dan memerangkap banyak kuman, sakit leher sudah tentulah ia menganggu kualiti tidur anda. Oleh itu, kami menyarankan anda bertukar kepada bantal DAG untuk mendapatkan keselesaa tidur  nyenyak bagai di hotel 7 Bintang.

Awas! Derita Insomnia

Promosi Terkini !!

Apa Pendapat Anda? Sila tinggalkan komen di bawah ini

Facebook Comments

Hashtag : #TidurNyenyak #deepsleep #pakartidur #tidur #dasabdulglobal #bantalhotel #bantaldag #usahawandag #dag #dagpillow #dropshipdag #zeromodal #teamdag #hotel7bintang #mudahnyaberniagabersamaDAG #DAGbringComfortHome #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Keluarga Malaysia Bawa Semangat Bersatu

Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, antara perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga

Jimat RM30 Sehingga 31 Ogos Ini

Berbaki 10 hari lagi sebelum peluang untuk anda mendapatkan tuala dengan harga diskaun berakhir. Penjimatan sehingga RM30 bagi setiap dua helai tuala dengan keupayaan serapan

Penat Jalan, Singgah Lepak Di Booth DAG

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai bermula 4 Ogos lalu menerima sambutan yang amat menggalakkan. Pameran dwitahunan yang kali terakhir