Aktiviti-Aktiviti DAG 


BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT DAS ABDUL GLOBAL BERSAMA PONDOK BAITUL QURRO’

13 November lepas team HQ DAG bertolak dari Semenyih ke Sungai Udang Melaka untuk sama-sama menyertai Majlis Bacaan Yassin & Doa Selamat di Pondok Baitul Qurro’. Majlis tersebut bermula selepas solat Isyak dan di sambut baik oleh Ustaz Hj. Zulkifli Ismail, mudir Pondok Baitul Qurro’ dan pelajar pondok itu sendiri seramai 36 orang.

Bacaan Yassin dengan alunan doa dan selawat yang memuji kebesaran Allah SWT dan Rasulullah SAW bergema di Pondok Baitul Qurro’ Sungai Udang Melaka hampir 1 jam lamanya. Selapas majlis kami dihidangkan dengan jamuan masakan traditsional yang sangat menyelerakan dan sangat sedap. Seronok bila dapat makan bersama-sama dengan anak-anak Pondok Baitul Qurro’. Semoga semua warga DAG dan pelajar serta mudir di Pondok Baitul Qurro’ mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.


KEMPEN MISI BANTAL UNTUK MANGSA BANJIR PENANG [MBUMB PENANG]


Pihak Team DAG Penang akan meneruskan lagi beberapa siri Misi Bantuan Banjir di sekitar Penang dan kawasan yg amat teruk terjejas akan diutamakan. Di samping itu juga, pihak kami meminta sokongan dan doa reseller DAG untuk menjayakan kempen ini.


JADI HADIAH UNTUK SI KECIK SEMPENA LAST DAY OF SCHOOL


Bila nak cuti sekolah ni mula nak beri sesuatu untuk kenang-kenangan kepada rakan-rakan dan guru.
Ada yang buat jamuan besar-besaran tidak kira secara potluck atau pun tempahan.


MASUK FINAL SUPER SPONTAN SUPERSTAR

Siapa sangka jual bantal pun boleh masuk tv show Super Spontan Superstar yang terkenal di Malaysia..

Hasil berkat usaha semangat dan sokongan semua akhirnya DAG® boleh pergi sejauh ini. Tetapi ini bukan pengakhiran..DAG® akan terus pergi jauh dan akan terus membantu anda untuk tidur nyenyak, lena, berkualiti seperti tidur di hotel 5 bintang.
Terima kasih kerana menyokong DAG® dan terus menyokong DAG®.