4 Tips Memilih Bantal Yang Tepat!


Kawan-kawan,

Katakanlah kita tersilap memilih bantal, jangan risau, kerana ia tidak akan menyebabkan sebarang masalah kesihatan. Namun, masalah-masalah sedia ada seperti sakit kepala, lenguh tengkuk, bahu dan kejang lengan mungkin akan berterusan apatah lagi jika tidak dirawat. Dalam sesetengah kes, ada juga yang asyik terbersin dan mengalami lelah. 

Jika anda mengalami sebarang simptom di atas dan bantal anda sudah pun berusia lebih dua tahun, kini mungkin masa yang sesuai untuk beralih ke bantal yang baru.


Apakah Cara Untuk Mendapatkan Bantal Yang Betul? 

Bantal yang baik memberikan anda sokongan yang padu supaya postur tulang belakang anda terletak dengan betul. Ini penting, kerana postur tidur yang betul, memberikan anda kualiti tidur yang sempurna.

Oleh itu, dalam usaha anda mencari bantal, pastikan anda mengikut garis panduan berikut:

1. Material Isian Bantal

Jika anda mengalami alergi, pastikan anda lakukan semakan pada label bantal untuk mengetahui jenis bantal tersebut. Selalunya, bantal yang diperbuat daripada fiber poliyester atau poliuretana adalah hipoalergenik. Bantal yang dibuat daripada gandum kuda dan bantal jenis busa (foam) juga baik untuk mereka yang alah. 

Isian material yang berbeza juga memberikan kesan empuk yang berbeza. 

Contohnya, jika anda suka bantal yang lembut, cuba dapatkan bantal jenis kekabu. Jika anda suka bantal yang lebih pejal, pilih bantal foam.

2. Material Isian Bantal

Bantal terdapat dalam pelbagai saiz. Kebiasaannya, saiz bantal terdiri daripada kecil (S), sederhana (M), besar/standard (L), saiz Queen ataupun saiz King. 

Walaupun ada antara kita yang memilih bantal berdasarkan saiz katil, ia adalah penting untuk mengambil kira saiz tubuh badan kita juga. Apakah panjang, lebar dan ketebalan bantal yang sesuai dengan tubuh kita.

 

Leher kita secara semulajadinya melengkung ke depan untuk memberi sokongan kepada berat kepala. Oleh itu, lengkung (curve) yang sama juga perlu dikekalkan semasa kita berada dalam keadaan berbaring. 

Bantal yang terlalu tinggi semasa kita mengiring ataupun terlentang boleh menyebabkan leher bengkok berlebihan, menyalahi kedudukannya yang normal. Akibatnya, kita akan mengalami kekejangan otot di bahagian leher dan bahu. Apabila bangun tidur, mula terasa lenguh dan sengal-sengal di bahagian tersebut. 

 3. Suhu

Walaupun ia belum dibuktikan secara saintifik, ramai pengguna bantal foam mengatakan bantal jenis ini menyerap suhu badan. Oleh itu, ia kurang selesa jika digunakan pada musim panas yang  berpanjangan.

4. Posisi Tidur

Jika anda gemar tidur secara terlentang, bantal yang sesuai untuk anda seharusnya tidak terlalu keras dan tidak terlalu tinggi. Semasa tidur, leher anda perlu disokong, manakala kepala anda pula seharusnya selari dan sama tinggi dengan bahagian atas belakang (upper back) dan tulang belakang anda sendiri. 

Jika anda suka tidur mengiring, bantal yang sesuai untuk anda perlu mesra dengan kontur (bentuk) leher anda. Kepala juga mesti tinggi sedikit, cukup untuk memastikan tulang belakang anda lurus.

Bagi mereka yang suka tidur meniarap pula, bantal yang lebih rata (atau tanpa bantal) boleh digunakan untuk mengalas kepala. Bantal rata tersebut juga boleh diletakkan di bawah pinggul.

Tak salah jika anda cerewet dalam pemilihan bantal. Malah boleh saja jika anda cuba-cuba dahulu bantal tersebut  sebelum membelinya.

Terkini, DAGTM laris memasarkan 3 jenis produk bantal yang berbeza spesifikasinya. Polyester Hollowfill (Sederhana), Microfiber M1 (Lembut), dan Microfiber M2 (Sangat lembut).

Lain model, lain kesan gebu dan empuknya. Yang pasti, semua BEST dan ada penggemar tersendiri. 

Anda pula, bila lagi nak cuba? Jom hubungi mana-mana ejen super power hebat DAGTM berhampiran anda. Bolehlah rasakan sendiri kegebuan melampau bantal hotel #1 di Malaysia ini. Jangan bertangguh lagi untuk tidur anda yang lebih lena!

Ingat bantal, ingat DAGTM tauuu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *